Wednesday 2 December 2015

Keistimewaan Gum Arabic

         Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.


Serbuk Gum Arab yang telah siap dikisar

        Gum Arabic juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, kita hanya berusaha untuk berubat dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT untuk menyembuhkannya.


No comments:

Post a Comment